Semalam kami sekeluarga dijemput oleh ustazah2 Tadika Islam TTDI untuk menghadiri kenduri kesyukuran serta majlis perpisahan di Tadika. Kata ketua guru, Ustazah Fadzilah, ini merupakan kali terakhir untuk kami makan bersama-sama memandangkan kesemua 6 ustazah yang mengajar di tadika tersebut akan berpindah ke tadika lain tahun hadapan. Ramai juga yang hadir termasuklah semua ahli Lembaga Pengurus Sekolah Agama dan juga beberapa AJK lama dan baru.
Saya hanya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ustazah2 kerana telah mendidik anak2 saya. Syifa’ telah memulakan alam persekolahannya dengan memasuki tadika sejak dia berumur 4 tahun. Syaima’ telah dipilih oleh ustazah untuk menjalani rakaman Program Mari Mengaji TV9 musim pertama. Shumayl pula telah mendapat peluang menyertai Ihtifal Zon Bangsar 2005 dan sekarang dia boleh mengaji Al-Quran dengan lancar. Semuanya berkat didikan semua ustazah2 di Tadika Islam TTDI. Semoga Allah membalas semua jasa ustazah2.

Gambar kenang-kenangan bersama ustazah2 dan kakitangan tadika