Tanggal 31 Disember 2008 merupakan tarikh yang amat memilukan buat keluarga kami. Pada jam 6:05 petang, ayahanda mertua saya, Muhammad bin Hj Awang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disaksikan oleh anak-anak, cucu-cucu dan semua kaum keluarga. “La ila ha illallah… la ila ha illallah… la ila ha illallah…” Itulah yang digemakan berulang-ulang kali oleh anak, cucu, menantu mengiringi pemergian Ayoh yang amat kami sayangi.
Berlinangan airmata saya menyaksikan pemergiannya yang begitu tenang. Pergilah sudah seorang suami, seorang ayah, seorang atuk yang begitu sempurna. Arwah merupakan seorang guru ugama yang amat disegani oleh penduduk tempatan. Menurut suami saya, walaupun hidup mereka tak sesenang mana… arwah Ayoh seorang yang amat pemurah, tak lokek untuk menderma terutama untuk pembinaan madrasah, sekolah agama dan juga untuk anak-anak yatim. Pendidikan agama sentiasa menjadi keutamaan Ayoh. Arwah Ayoh tidak pernah jemu menerima dan mendidik sesiapa sahaja yang ingin menimba ilmu agama darinya. Hasilnya arwah Ayoh mempunyai begitu ramai anak murid yang sehingga hari ini mengakui bahawa kalau tanpa didikan dari Ayoh, mereka tentu tidak akan berjaya seperti yang mereka kecapi pada hari ini.
Saya tidaklah begitu rapat dengan Ayoh. Seperti biras saya, Kak Ju… saya kadang2 susah nak faham apa yang arwah Ayoh katakan. Dan mungkin juga arwah Ayoh tak faham apa yang cuba saya ceritakan kepadanya. But we did exchange grins and smiles whenever we understood each others’ stories. Dan saya amat menghormatinya. Walaupun tegas, saya dapat rasakan bahawa arwah amat menyayangi isteri, anak-anak dan semua cucu-cucunya.
Arwah Ayoh has touched the life of many people. Tidak hairanlah rumah arwah tidak putus-putus dibanjiri oleh semua yang mengenali arwah, samada dari jauh mahupun dekat sehinggalah pada hari ini, hari keempat setelah arwah kembali ke rahmatullah.
InsyaAllah… atas semua amalan kebajikan… atas semua ilmu ugama yang diajar… atas semua ibadah… saya percaya arwah berasa tenang dan bahagia di sana. Kami di sini akan menyusul ayahanda. Semoga pemergian kami nanti juga akan semudah perjalanan ayahanda.
Kami akan sentiasa merindui Ayoh.
—
Cetusan rasa dari cucu-cucunya:
http://zaatiliffah.blogspot.com/2008/12/ayoh-dah-meninggal.html
http://almunzir.blogspot.com/2009/01/al-fatihah.html
http://mademoiselleain.blogspot.com/2009/01/alfatihah.html
http://zuhailifathiahmad.blogspot.com/2009/01/kullu-nafsin-zaaaiqatul-mawt.html